Dalam sebuah hadist daripada
Aisyah r.a katanya, "Aku sedang
duduk bersila di dalam rumah.
Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang
dan masuk sambil memberi salam
kepadaku. Aku segera bangun
kerana menghormati dan
memuliakannya sebagaimana
kebiasaanku di waktu baginda
masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W
bersabda, "Duduklah di tempat
duduk, tidak usahlah berdiri,
wahai Ummul Mukminin." Maka
Rasulullah S.A.W duduk sambil
meletakkan kepalanya di
pangkuanku, lalu baginda
berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada
janggutnya, dan aku dapat 19
rambut yang sudah putih. Maka
terfikirlah dalam hatiku dan aku
berkata, "Sesungguhnya baginda
akan meninggalkan dunia ini
sebelum aku sehingga tetaplah
satu umat yang ditinggalkan
olehnya nabinya." Maka aku
menangis sehingga mengalir air
mataku jatuh menitis pada wajah
baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya
seraya bertanya, "Apakah
sebabnya sehingga engkau
menangis wahai Ummul
Mukminin?"
Masa aku ceritakan
kisah tadi kepadanya, lalu
Rasulullah S.A.W bertanya,
"Keadaan bagaimanakah yang
hebat bagi mayat?" Kataku,
"Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata,
"Engkaulah katakan!," Jawab
Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan
lebih hebat bagi mayat ketika
keluarnya mayat dari rumahnya di
mana anak-anaknya sama-sama
bersedih hati di belakangnya.
Mereka sama-sama berkata,
"Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya
pula mengatakan: "Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu
juga termasuk hebat. Maka,
manakah lagi yang lebih hebat
daripada itu?" Jawab Aisyah r.a :
"Tidak ada hal yang lebih hebat
daripada mayat ketika ia
diletakkan ke dalam liang lahad
dan ditimbuni tanah ke atasnya.
Kaum kerabat semuanya kembali.
Begitu pula dengan anak-anak dan
para kekasihnya semuanya
kembali, mereka menyerahkan
kepada Allah berserta dengan
segala amal perbuatannya."
Rasulullah S.A.W bertanya lagi,
"Adakah lagi yang lebih hebat
daripada itu?" Jawab Aisyah,
"Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja
yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W :
"Wahai Aisyah, sesungguhnya
sehebat-hebat keadaan mayat
ialah ketika orang yang
memandikan masuk ke rumahnya
untuk memandikannya. Maka
keluarlah cincin di masa remaja
dari jari-jarinya dan ia melepaskan
pakaian pengantin dari badannya.
Bagi para pemimpin dan fuqaha,
sama melepaskan serban dari
kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil,
ketika ia melihat mayat dalam
keadaan telanjang dengan suara
yang seluruh makhluk mendengar
kecuali jin dan manusia yang tidak
mendengar. Maka berkata roh,
"Wahai orang yang memandikan,
aku minta kepadamu kerana Allah,
lepaskanlah pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab di saat ini
aku berehat dari kesakitan
sakaratul maut." Dan apabila air
disiram maka akan berkata mayat,
"Wahai orang yang memandikan
akan roh Allah, janganlah engkau
menyiram air dalam keadaan yang
panas dan janganlah pula dalam
keadaan sejuk kerana tubuhku
terbakar dari sebab lepasnya roh,"
Dan jika mereka memandikan, maka
berkata roh: "Demi Allah, wahai
orang yang memandikan,
janganlah engkau gosok tubuhku
dengan kuat sebab tubuhku luka-
luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari
dimandikan dan diletakkan pada
kafan serta tempat kedua
telapaknya sudah diikat, maka
mayat memanggil, "Wahai orang
yang memandikanku, janganlah
engkau kuat-kuatkan dalam
mengafani kepalaku sehingga aku
dapat melihat wajah anak-anakku
dan kaum keluargaku sebab ini
adalah penglihatan terakhirku
pada mereka. Adapun pada hari ini
aku dipisahkan dari mereka dan
aku tidakakan dapat berjumpa lagi
sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari
rumah, maka mayat akan menyeru,
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku
telah meninggalkan isteriku
menjadi janda, maka janganlah
kamu menyakitinya. Anak-anakku
telah menjadi yatim, janganlah
menyakiti mereka. Sesungguhnya
pada hari ini aku akan dikeluarkan
dari rumahku dan meninggalkan
segala yang kucintai dan aku tidak
lagi akan kembali untuk selama-
lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam
keranda, maka berkata lagi mayat,
"Demi Allah, wahai jemaahku,
janganlah kamu percepatkan aku
sehingga aku mendengar suara
ahliku, anak-anakku dan kaum
keluargaku. Sesungguhnya hari ini
ialah hari perpisahanku dengan
mereka sehingga hari kiamat."
(1001 KISAH TELADAN)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar