Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun
yang cantik dan baik hati. Ibu rumahtangga sepenuhnya. Dikaruniakan dua
orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah
Perusahaan sebagai maintenance engineer di samping memegang jabatan sebagai
Penyedia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak
sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung
minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya
sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Mobil yang
dikendarainya bertabrakan dengan sebuah van kilang sewaktu dia coba
memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah sebuah belokan. Beliau
telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah Rumah Sakit selama 47
hari lagi.Teman saya di antara orang yang awal sampai di Rumah Sakit
selepas mendapat panggilan dari isterinya. Teman saya juga di antara
orang yang pertama yang dilihatnya selepas beliau sedar dari koma
selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu Beliau koma
Beliau telah didatangi oleh seorang Malaikat dan mengatakan padanya usia
beliau hanya tinggal 1 jam saja yaitu pada haari Minggu, jam 1.45
petang. Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya
ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau
agak kebinggungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa
orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab Malaikat
itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu.
Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak
hari pertama lagi beliau di Rumah Sakit itu dan juga kedua anak beliau
yang sedang tidur tergolek di kursi tunggu.
Malaikat itu juga
telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya yaitu kawan-kawannya
termasuk teman saya, ahli Masjid yang membacakan surah Yassin untuknya.
Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rekan
sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya
tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu,
mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan
100% di hati mereka. Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa
Malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup
di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti.
Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45
petang. Hanya tinggal 10 menit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47
orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu.
Dia bertanyakan Malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa
sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat "Ya:.
Kurang dari 1 minit, Malaikat menghampirinya dan berkata, Allah
mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda beruntung
mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya,
siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah
Jamaah anak yatim yang baru saja menunaikan Shalat Dzuhur sebentar
tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim
berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan
keuangan. Mereka mendapat kabar tentang anda yang terkena musibah.
Dzuhur tadi mereka telah bershalat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas
mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45
petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga teman saya.
Teman saya sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi padanya di dalam
komanya dan mengapa beliau menangis selepas sadar dari komanya.
Setelah beberapa saat barulah beliau bercerita apa yang telah terjadi ketika beliau koma. Apa yang disesalkan:
1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya
karena sibuk mengejar uang dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan
anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan tetangga dan
masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasihan
pada saya kalaupun saya mati
3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada
kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya
tidak ikhlas, termasuk dengan teman saya.
4. Beliau jarang pergi ke Mesjid kecuali pada hari Jumaat dan ini
menyebabkan jamaah Masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya
tiada keikhlasan
5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Hanya sumbangan ke
rumah anak yatim yang diberikan tempo hari karena desakan isteri beliau.
6. Beliau jarang langsung berhadapan dengan bawahan atau staffnya
ditempat kerjanya karena sikap beliau yang sombong dan angkuh dan tidak
pernah memberikan salam ketika bertemu dengan staffnya dan akhirnya
semua staffnya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik adiknya juga saudara yang
lainya karena ketakutan mereka meminjam uang pada dirinya atau
memutuskan silaturahmi dan akibatnya ketika mereka berdoá juga tidak ada
keikhlasan dari mereka.
8. Beliau banyak sekali menyakiti hati Ibu Bapaknya karena sering
membohong untuk berkunjung bersilaturahmi tapi beliau tidak pernah
datang. Ini menyebabkan ibubapanya marah. dan kesemua ini hanya Allah
yang tahu.
9. Beliau jarang menunaikan Shalat yang lima waktu karena kesibukan
kerjanya terutama jarang menunaikan Shalat Ashar.Dimanapun
mengerjakannya tapi selalu sudah masuk waktu akhir.
10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau berhak menzakatkan hartanya yang sangat melimpah.
Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat teman saya ini itu semua untuk
memberikan pelajaran pada semua dan ambillah ikhtibar dari cerita
ini.Sahabat teman saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan
takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa
bersama keluarga.selalu luangkan Shalat berjamaah di Masjid apabila ada
waktu.kunjungi selalu orang tua kita walauapun menurut orang lain orang
tua kita itu hina dan miskin,Hormati orang tua kita karean Allah akan
selalu mengabulkan doa daripada orang tua kita.
Baiklah dengan
tetangga dan kenalilah mereka karena kalau ada apa apa deangan diri
kita yang pertama menolong adalah tetangga kita dan apabila kita punya
rizki berilah tetangga kita untuk ikut merasakannya.
Semoga semua
ini akan menjadi ikhbar buat kita untuk selalu ingat dan dekat
denganNya. dan mudah2han Allah swt selalu memberikan jalan kemudahan
kepada kita untuk menjalankan semua perintahNya dan diberikan kekuatan
untuk menjauhi segala laranganNya Aamiin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar